cinta dan sahabat

cinta...
kata orang cinta itu indah. Cinta bisa membutakan mata. Dengan cinta sesuatu yang hodoh dipandang indah, yang tawar terasa manis, racun menjadi ubat, kesengsaraan hilang dan kebahagiaan akan datang. Namun cinta itu pelbagai. Cinta pada harta, cinta pada manusia dan cinta pada nafsunya. Orang yang cinta pada harta dipanggil bakhil, cinta pada kekasih tidak kekal dan cinta pada nafsu akan binasa. Namun jika seorang hamba itu mencintai sesuatu kerana Allah itulah cinta yang paling sejati. Dia cinta hartanya kerana dia tidak redha jika hartanya dibelanjakan di jalan maksiat dan bersedia untuk mewakafkan hartanya untuk islam, dia cinta seseorang kerana dia ingin bersama-sama membimbing atau dibimbing oleh orang itu supaya kedua-duanya bisa mengecapi nikmatnya Firdaus dan dengan dalamnya cinta dia pada Allah sehingga dia mampu melemahkan nafsunya. Cinta pada Allah dan Rasulnya itulah yang lebih utama, Maka cinta sebeginilah yang dikatakan cinta sejati.

sahabat..
persahabatan itujuga sesuatu yang indah. Namun mencari seorang sahabat sejati itu bukanlah mudah. Seperti mencari mutiara di dasar lautan. Untuk mendapatkannyan rela nyawa menjadi taruhan. Sahabat itu orang yang paling dekat sesudah keluarga. Umar, Abu Bakar, Usman dan Ali itu contoh sahabat sempurna kepada Rasulnya. Sahabat sejati akan menagur kesilapan kita dan sudi membimbing kita ke syurga Allah. Hadirnya sahabat ketika duka. Bila gembira mereka nikmatinya bersama. Bila berjauhan saling merindui dan bila dekat ukhuwah menjadi semakin mantap. Mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah jua. Dengannya mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.