Sultan Muhammad al-fateh Penakluk Konstantinopel

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang merentangi Tanduk Emas


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. Al-Fatihah..

sumber: klik disini

samsung earphone




ni kalo jompe kat mne2 nk je rembat sbiji...

syawal dan ukhwah; jalinan yang tidak akan terlerai




Assalamualaikum...

Hari ini genap hari ke- 20 dalam bulan Syawal bermakna hanya tinggal lebih kurang dalam 10 hari sahaja lagi sebelum bulan Syawal menutup tirainya. Seperti kelazimannya di Malaysia, Syawal disambut selama sebulan, sama seperti pusa Ramadhan. Rumah terbuka dianjurkan hampir setiap hari dimana2 sahaja sebagai tanda Syawal masih diraikan. Anak2 yatim, warga emas dan faqir miskin diraikan dalam majilis itu. Jika majlis ini tidak bercampur dengan perkara maksiat dan direstui agama, saya fikir fonomena ini adalah sesuatu yang baik dan harus dikekalkan.

Walau bagaimanapun saya tidak berhajat untuk bercakap tentang rumah terbuka. Jika diteliti sebenarnya baru sekarang (20 Syawal) saya menulis tentang sambutan hari lebaran pada tahun ini. Agak lewat sebenarnya, tetapi masih sempat kerana Syawal belum berakhir (tersenyum sorang2).

Jujurnya saya hanya menyambut Syawal dengan keluarga dan saudara-mara pada 1 dan 2 Syawal sahaja. Selama dua hari itu rumah saya tidak putus-putus menerima kunjungan mereka. Ada yang datang dari Kota Baharu, Shah Alam dan Kota Kinabalu. Mereka semua saudara-mara saya sebelah ayah. Saudara-mara sebelah ibu juga datang pada hari itu.

Pada hari yang lain pula saya banyak meluangkan masa bersama sahabat-sahabat saya yang banyak menganjurkan rumah terbuka di kediaman mereka
(syukur kerana keluarga memahami saya). Boleh dikatakan hari raya adalah hari yang sesuai untuk bertemu sahabat-sahabat lama. Saya juga sempat berkunjung ke rumah beberapa orang guru saya semasa di SHAMS dahulu (SHAMS masih dekat di hati saya). Bermula hari raya ketiga dan seterusnya saya bersama-sama beberapa orang sahabat2 saya menaiki kereta untuk bergerak ke rumah sahabat2 yang lain (Kredit untuk Saudara Syafiq Abdul Aziz, Saudara Khalil Hamidi, Saudara Amir, Saudara Hafiz dan Saudara Fahmi kerana sudi mewakafkan kereta pada hari itu). Allah sahaja dapat membalas setiap titis minyak yang anda sumbangkan.

Pengalaman paling best ialah pada hari raya ke lima dimana kami sempat bersama2 solat maghrib di Masjid Kristal selepas seharian beraya. Terasa indahnya persahabatan dan nikmatnya ukhwah jika semuanya kerana Allah. Wlaupun kami sudah berjauhan mengikut haluan masing-masing di perantauan demi menuntut ilmu, yang mensyaratkan kami berjauhan buat seketika, kami tidak pernah leka daripada bertemu semula untuk bertanya khabar kiranya kami diberi sedikit cuti. Setakat ini saya berasa bangga kerana ukhwah kami masih lagi mantap seprti dahulu kala. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar sentiasa berhubung demi memastikan keutuhan persahabatan ini.

Semoga Allah akan terus mengikat hati-hati kita semua agar persahabatan ini akan terus kekal sehingga kita dijemput oleh-Nya. Amin Ya Rabbi al-Alamiin..

wassalam.





ilmu sains vs ilmu wahyu


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Sudah terlalu lama rasanya diri ini tidak meng-update blog yang serba kekurangan ini. Malam ini terdetik sedikit rasa untuk memperkatakan sedikit tentang beberapa isu semasa yang berlaku di sekeliling kita sebagai satu pandangan peribadi.

Alhamdulillah, pada minggu lepas saya dan sahabat saya, Saudara Fiqri Amran sempat menghadirkan diri ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu untuk mengucapkan selamat jalan kepada Saudara Haziq Alias, seorang sahabat saya yang akan merantau ke Mesir untuk mendalami ilmu perubatan di salah sebuah universiti di sana. Semasa saya tiba di sana saya melihat ramai sekali anak-anak muda dari negeri ini yang akan merantau di Mesir menaiki penerbangan yang sama dengan sahabat saya itu. Menurut sahabat saya, ada di kalangan mereka akan menuntut ilmu perubatan di sana dan sebahagiannya pula akan ke Al-Azhar untuk mendalami ilmu agama daripada tokoh-tokoh ilmuan di bumi ambia’ itu.

Di kesempata itu juga kami terserempak dengan Saudara Abdul Manaf iaitu sahabat kami semasa di SHAMS dahulu (beliau ke al-azhar selepas menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz, Kuala Terengganu) bahkan kami juga ditegur oleh junior-junior kami semasa di sana. Diantara mereka ada yang akan ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Al-Azhar dan ada yang akan ke Jordan untuk belajar perubatan. Mereka menaiki penerbangan yang sama.

Di sana saya sempat berbual dengan beberapa orang kenalan yang akan ke sana. Ramai diantara mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Kekok rasanya ketika berdiri bersama bakal-bakal doktor dan ustaz bahkan ulama’ yang bakal berkidmat di negeri ini satu hari nanti. Terasa diri ini seorang faqir ilmu jika dibandingkan dengan mereka. Mudah-mudahan saya juga akan mengikuti jejak langkah mereka. Ketika itu saya diberitahu bahawa ada diantara mereka yang diterima masuk di Al-Azhar tetapi tidak mendapat sebarang tajaan bahkan pinjaman daripada badan-badan kerajaan ataupun swasta di negara ini. Seperti yang kita maklum, untuk diterima masuk di university tertua di dunia itu bukanlah sesuatu yang mudah dan hanya orang-orang yang hebat sahaja diterima masuk. Walau bagaimanapun mereka tetap pergi dengan perbelanjaan sendiri. Terasa sebak dalam hati ketika itu (bahkan ketika menulis entri ini saya masih terasa) kerana ibu bapa mereka sanggup menginfaqkan sebahagian harta mereka demi melihat anak kesayangan melangkah masuk ke Al-Azhar. Mungkin ada diantara mereka yang sanggup menjual tanah dan sebagainya untuk itu. Jika saya berada di tempat mereka saya juga akan melakukan perkara yang sama. Sebenarnya mereka sedang menginfaqkan harta mereka di salah satu jalan Allah. Ketahuilah usaha kalian tidak akan sia-sia jika kalian ikhlaskan hati kerana Allah. Semoga Allah merahmati usaha kalian.

Terdetik juga dalam hati kenapa mereka tidak mendapat sebarang bantuan daripada pemerintah negeri dan negara ini yang sepatutnya mereka dapat seperti mereka yang belajar ilmu sains seperti perubatan dan kejuruteraan. Bahkan mereka sepatutnya didahulukan daripada orang lain kerana mereka sedang mendalami ilmu Allah dan mereka bukanlah datang daripada keluarga yang senang. (Kalian yang telah mendapat tajaan untuk belajar ilmu sains saya ucapkan tahniah kerana urusan kalian dipermudahkan oleh Allah jua dan kalian wajib syukur untuk itu. Kalian sedang mendalami ilmu fardu kiyah untuk menjaga kemaslahatan ummah). Sungguhpun kerajaan tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka daripada hasil pendapatan negara seperti cukai dan sebagainya, apalah salahnya jika sedikit perolehan zakat di negara ini diberikan kepada mereka kerana mereka juga termasuk dalam asnaf zakat iaitu golongan ibnu sabil (orang yang sedang berada di jalan Allah seperti menuntut ilmu agama).

Pelbagai andaian singgah di benak fikiran saya. Saya merasakan kebenaran nasihat-nasihat dan pesanan yang mengatakan jika kita ingin berada di jalan Allah kita akan menempuhi pelbagai kesukaran kerana iman kita sedang diuji. Oleh itu hanya yang teguh iman akan mampu menaghadapinya kerana itu sahajalah pegangan demi memujuk diri supaya bersabar apabila diuji oleh Allah. Ada beberapa lagi andaian yang saya rasakan. Walau bagaimanapun saya tidak berhajat untuk munulisnya di sini. Biarlah ianya kekal sebagai andaian sahaja.

Semoga Allah merahmati saya dan kalian semua.

wassalam.


cinta dan sahabat

cinta...
kata orang cinta itu indah. Cinta bisa membutakan mata. Dengan cinta sesuatu yang hodoh dipandang indah, yang tawar terasa manis, racun menjadi ubat, kesengsaraan hilang dan kebahagiaan akan datang. Namun cinta itu pelbagai. Cinta pada harta, cinta pada manusia dan cinta pada nafsunya. Orang yang cinta pada harta dipanggil bakhil, cinta pada kekasih tidak kekal dan cinta pada nafsu akan binasa. Namun jika seorang hamba itu mencintai sesuatu kerana Allah itulah cinta yang paling sejati. Dia cinta hartanya kerana dia tidak redha jika hartanya dibelanjakan di jalan maksiat dan bersedia untuk mewakafkan hartanya untuk islam, dia cinta seseorang kerana dia ingin bersama-sama membimbing atau dibimbing oleh orang itu supaya kedua-duanya bisa mengecapi nikmatnya Firdaus dan dengan dalamnya cinta dia pada Allah sehingga dia mampu melemahkan nafsunya. Cinta pada Allah dan Rasulnya itulah yang lebih utama, Maka cinta sebeginilah yang dikatakan cinta sejati.

sahabat..
persahabatan itujuga sesuatu yang indah. Namun mencari seorang sahabat sejati itu bukanlah mudah. Seperti mencari mutiara di dasar lautan. Untuk mendapatkannyan rela nyawa menjadi taruhan. Sahabat itu orang yang paling dekat sesudah keluarga. Umar, Abu Bakar, Usman dan Ali itu contoh sahabat sempurna kepada Rasulnya. Sahabat sejati akan menagur kesilapan kita dan sudi membimbing kita ke syurga Allah. Hadirnya sahabat ketika duka. Bila gembira mereka nikmatinya bersama. Bila berjauhan saling merindui dan bila dekat ukhuwah menjadi semakin mantap. Mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah jua. Dengannya mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

pendaftaran kolej kediaman, semester baru dan azam baru

salam semua..

pendaftaran kolej kediaman
semalam dan hari ini bermula pendaftaran kolej tuk pelajar2 uitm. bberapa 'belas' kali penguguman bergema dr meja urusetia pendaftaran. "perhatian kpd semua mahasiswa yg berjaya mendapat mendapat koleh kediaman, sila mendaftar kolej pada hari ini. sesiapa yang tidak mendaftar dianggap menolak tawaran kolej. sekian terima kasih" katanye la.

semester baru
ak akn mneruska pngajian sbg mahasiswa semester ke-4 uitm. selepas pndaftaran kolej maka semester baru P&P pn sepatutnya sdh bermula. tp kuliah dijangka belum bermula pd mngu ini krana students masih sbuk nk register course n susun jadual kuliah. ttapi students part 1 sdh sbuk pg kelas ae ni. smngata berkobar2 la ktekan. ak dlu pn cam2 gak. kelas kul 10, 9.30 da terpacak dpn kls. hahaha..lwak je time 2..mse part2 slalu je lwt pg kuliah..hope sem ni ad perubahan. come on Afiq!!

azam baru
-pg kls awl
-krng kn xtvt x faedah (lepak, fb, movie, dll)
-bnyakkan xtvt berfaedah (ibadat n akademik)
-stadi kne up dr semester2 yg lps
-dpt pointer yg dpt mmbuatkan mak ayh senang hati
-melaksananak semua yg diatas
ok la..mngkin ad yg akn kta "azam je lbih..buatnye tdk...". Hello..at least ak da ad azam n impian..kn setiap kejayaan itu bermula dgn impian dan cita2.............plus usaha n tawakkal. doakan ak berjaya ye..ameen.

p/s: engat nk cter psl kje part time ak mse cti td..xpe la..laen kali ye...

kini kembali...

salam...
kini kembali. stelah lme x buka blog. malas+malas. ok la ak cter sdikit even2 pnting (pnting ke??) yg blaku stelah bberapa bln x bka blog. stakat yg ak engat la..haha
1. pementasan drama puteri gunung ledang
2. bbq ngn krew2 drama
3. final exam
4. semester break
5. result exam
6. jln2 ke gambang water park kali ke-2 (ngn mmber2 sek menengah). kali ptama ngn bdak2 u ak.
7. bbq at Betong ngn mmber2 sek.
8. futsal
9. futsal
10. futsal
11. tngok world cup rmai2 kat luar ngn mmber2 sek
12. futsal
13. yg ni pling penting ak rsa...dsebalik kseronokan brsama teman2, dikejutkan pula dgn kegagalan mavi marmara, rachel corie n freedom frotilla untuk mmecahkan tembok israel keatas palestin terutama gaza. "laknatullah aa'lal yahuuud!!!"

nnti ak cter pnjang ye...stakat ni dlu..wassalam

Rancangan Adik-adikku-Sepupuku Masuk Program Realiti


Baru2 ni sepupuku, Nurul Syazwina telah menyertai program realiti tv. Akedemi Fantasia ke?
atau One in A Million? oh tidak sama sekali...ttapi dia tlh menyertai program realiti Adik-adikku di TV1..rancangan ini mencungkil bakat kanak-kanak dalam berpidato. Kanak2 ini dilatih oleh ustaz2 yg terkenal seperti Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Ustaz2 ini diberi gelaran murabbi. Hanya 7 orang daripada 20 orang sahaja yang berjaya melepasi peringkat saingan untuk ke mara peringkat akhir. Salah seorang peserta tersebut ialah sepupuku. Dia adalah peserta termuda yang mnyertai program tersebut. Walaupun tidak berjaya mendapat johan di peringkat akhir, kami sekeluarga tetap berbangga dengan penglibatannya dalam program bermanfaat itu. Syukur kerana dia tidak berminat dengan program2 reliti lain seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Mentor dan Malaysian Idol yang melalaikan. Tp yang pasti walaupun x dapat johan, dia tetap membawa pulang hadiah saguhati bernilai Rm3000. Banyak tu..!!!
Johan pula mendapat RM16 000 berserta pakej umrah. (klik disini untuk melihat video)
Tahniah Nurul Syazwina Bt Mohd Syukri!!

Petai Oh Petai...

korunk2 yg sker mkan petai 2 bleh r cri petai cmni kt pasar..
mkn smpai bbuih mulut pn x hbis ni..
ni stok tuk sbulan..haha

Bila Mat Saleh Makan Durian...

ni ha cara tbaru nk kopek durian...korunk pnh buat x?
haha..

Kerana nikmatnya jus tembikai

tengahari tadi setelah selesai kuliah subjek elektronik ku pada jam 12.00 tengahari aku terus menuju ke kafe redang untuk membeli segelas jus tembikai. hari ini dan hari-hari sebelumnya sinaran sang mentari ku rasakan sangat panas. jika diikutkan hati hendak saja aku ponteng kelas pada hari ini dan tidur di bawah hembusan kipas usang di bilikku. tapi apakan daya aku terpaksa gagahkan juga kakiku ke kelas itu. 2 jam berada di dalam kelas itu sememangnya meletihkan dan tengkuk aku terasa kering tanda kehausan. lantas aku cepat2 keluar apabila kelas berakhir dan menuju ke kafe redang. jus tembikai jua menjadi pilihanku pada hari ini. nikmatnya jus tersebut tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata. hanya lafaz Alhandulillah tanda kesyukuran dapat ku ucapkan kepada-Nya. nikmat seteguk air dikala kehausan kadang kala membuatkan kita lupa akan nikmat-nikmat Allah yang lain. Rasullullah pernah berdoa kepada Allah supaya janganlah kasih dan cinta baginda kepada seteguk air dikala kehausan di padang pasir melebihi cintanya kepada Allah. ini kerana perkara yang paling dicintai oleh segelintir sang pengembara di padang pasir ialah seteguk air. padahal cinta kepada Allah itu yang patut didahulukan kerana Dia yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya.

"Ya Allah aku memohon padaMu sebagaimana yang pernah Rasulku berdoa kepadamu supaya cintaku padaMu melebihi segala-galanya dan melebihi cintaku pada diriku sendiri"

EESA Sports Day dan Sambutan Maulidur Rasul

hujung minggu ni merupakan hujung minggu yang agak sibuk kerana dua program di uitm diadakan serentak; EESA (Electrical Engineering Students Association) spots day dan sambutan maulidur rasul. so aku tidak dapat 'mengupdatekan' blog ak untuk seketika. sports day yang berlangsung 2 hari ternyata sangat memenatkan aku selaku urusetia. kat bwh ni aku postkn bberapa keping gambar. sekeping gambar menceritakan segalanya..