"Saya berharap Datuk Sahol menjalankan tugasnya sebagai Naib Canselor yang baru dengan baik."
Demikian harapan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah kepada penggantinya, Datuk Prof. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar.
Ibrahim berkata, beliau mengharapkan Sahol akan meneruskan perjuangannya dalam mengangkat UiTM sebagai salah sebuah universiti terbaik dan sebagai institut pengajian tinggi bertaraf dunia.
"Sentiasa ingat asal usul kita," katanya.
Beliau turut berharap isu yang sering ditimbulkan mengenai UiTM seperti kuota tidak lagi timbul dan berharap kaum lain faham dan tidak menjadikan ia sebagai isu.
Ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini, beliau berkata: "Buat masa ini saya ingin berehat. Sembilan tahun saya menerajui UiTM."
Beliau juga tidak menolak akan terus memperjuangkan UiTM dengan batasan yang ada.
"Saya nak tolong bangsa saya," katanya.
Makluman:
minggu depan semua penuntut UiTM di Malaysia akan mendengar ucapan naib canselor yang baru secara live dari Shah Alam di universiti cawangan masing-masing...
p/s: hari tu confirm ada kelas dibatalkan..trima kasih Datuk..hehe..
0 comments:
Post a Comment