.::siapa aku::.

10 April 1990 di pagi yang hening pada bulan ramadhan satu peristiwa bersejarah tercatat di sebuah rumah beralamat 333, Pekan Kedai Buluh 21070 Kuala Terengganu dimana sepasang suami isteri ditakdirkan oleh Ilahi menerima seorang cahaya mata penyneri hidup mereka yang pertama.

Subuh itu tidak seperti subuh sebelumnya. Suasana amat gawat dan tidak terkawal. Si isteri terkial-kial menahan kesakitan tanpa belas kasihan.Si suami pula tidak keruan kerana inilah pertama kali dalam hidupnya kejadian ini berlaku. Si atuk dan nenek pula yang sudah lama datang kerumah pasangan ini pula mengarahkan sesuatu kepada si suami. Sesungguhnya mereka begitu arif menyelesaikan masalah ini kerana si nenek juga pernah mengalami kejadian yang sama satu ketika dahulu.
Kedengaran sayup-sayup enjin motor meninggalkan rumah. Beberapa ketika bunyi itu hilang dari pendengaran mereka. Itu tandanya si suami sudah meninggalkan rumah ke suatu tempat..


Dipendekkan cerita, si suami muncul dihadapan si isteri dengan seorang wanita berbaju putih. Kesakitan yang mencengkan perut si ibu melenyapkan perasaan cemburunya kepada si suami yg sedang bersama wanita lain kerana dia tahu itu semua sudah tidak ada maknanya baginya pada waktu itu.
Wanita itu bersama si nenek menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Tiba-tiba mereka kedengaran suara tangisan seorang budak. Sangisan itu mengembiraka segenap penghuni rumah itu. Tanpa melengahkan masa si suami yang sudah bergelar si bapa meghampiri anak itu. Diazankan anak itu dengan suara yang syahdu tanda syukurnya kepada Ilahi.

Hari demi hari anak itu membesar dengan jayanya.
anak itu memulakan pendidikan di sebuah pra sekolah kemudian ke Sek. Keb. Tok Dir. Keputusan yang cemerlang dalam UPSR melayakkanya ke Sek. Men. Keb. Agama Sheikh Abdul Malek. Sekarang anak itu sudah bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(Elektronik). Semoga anak itu menjadi seorang yang berkhidmat untuk agama dan negaranya...
terima kasih ibu dan ayah atas segalanya..

"Ya Allah kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu ak masih kecil dan ampunilah dosa-dosa mereka..."

si bapa@suami: Azman bin Awang
si ibu@isteri: Zaleha binti Mamat
datuk: Mamat bin Osman
nenek: Kelsom bt Jusoh
si anak: MOHD AFIQ AZLAMI BIN AZMAN

tulisan kasih buatmu ibu dan ayah,
mohd afiq azlami bin azman (penulis)

4 comments:

n@d!r@h said...

salam ziarah. besday kita sama wahai kawan. hehe

afiqazlamiazman said...

thanx..

aiman_masri said...

salam afiq...
ni eman gelugor ei... 5a2...

blog aku...

www.aimanmasri.blogspot.com

afiqazlamiazman said...

ok..jgn lpe follow blog ak...