Tersungkur Di Pintu Syurga-Zabidi Mohamed




Buku ini adalah hasil penulisan salah seorang ahli Al-Arqam dimana kumpulan ini pernah mencetuskan kontrovesi satu ketika dahulu. Zabidi Mohamed tidak asing lagi di kalangan ahli kumpulan itu. Beliau merupakan penasihat undang-undang kepada Abuya Ashaari; pemimpin Al-Arqam. Zabidi menulis buku ini dengan penuh perasaan. Suka dan duka beliau ketika menjadi orang kanan kanan kumpulan itu.

Dalam buku ini juga Zabidi memberikan satu ruang khusus penghormatan kepada Abuuya Ashaari yang mendidik dan mengajar beliau. Nyata jasa dan pengorbanan Abuuya masih terpahat kukuh di hatinya. Sebagai anak murid tentu sekali perkara tersebut amat sukar ditolak. Seburuk manapun guru kita, dia tetap pernah menjadi guru..

Aku telah membaca buku ini pada tahun 2007 dan pembacaan itu diulang sebanyak 3 kali kerana tertarik dengan gaya penulisannya. Bacaan kali pertama melalui seorang sahabat ku yang sudi meminjamkan buku itu kepadaku. Oleh kerana buku ini sangat menarik, aku membeli buku ini di sebuah toko buku di bandaraya Kuala Terengganu dan membacanya dua kali lagi. Nyata buku ini aku ingin jadikan koleksi. Tetapi telah hilang setelah berpindah ketangan sahabat-sahabatku.


"Ilmu itu bukan di atas kertas tetepi tempatnya di dalam hati setiap sang pencinta ilmu"




0 comments: