Kerana nikmatnya jus tembikai

tengahari tadi setelah selesai kuliah subjek elektronik ku pada jam 12.00 tengahari aku terus menuju ke kafe redang untuk membeli segelas jus tembikai. hari ini dan hari-hari sebelumnya sinaran sang mentari ku rasakan sangat panas. jika diikutkan hati hendak saja aku ponteng kelas pada hari ini dan tidur di bawah hembusan kipas usang di bilikku. tapi apakan daya aku terpaksa gagahkan juga kakiku ke kelas itu. 2 jam berada di dalam kelas itu sememangnya meletihkan dan tengkuk aku terasa kering tanda kehausan. lantas aku cepat2 keluar apabila kelas berakhir dan menuju ke kafe redang. jus tembikai jua menjadi pilihanku pada hari ini. nikmatnya jus tersebut tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata. hanya lafaz Alhandulillah tanda kesyukuran dapat ku ucapkan kepada-Nya. nikmat seteguk air dikala kehausan kadang kala membuatkan kita lupa akan nikmat-nikmat Allah yang lain. Rasullullah pernah berdoa kepada Allah supaya janganlah kasih dan cinta baginda kepada seteguk air dikala kehausan di padang pasir melebihi cintanya kepada Allah. ini kerana perkara yang paling dicintai oleh segelintir sang pengembara di padang pasir ialah seteguk air. padahal cinta kepada Allah itu yang patut didahulukan kerana Dia yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya.

"Ya Allah aku memohon padaMu sebagaimana yang pernah Rasulku berdoa kepadamu supaya cintaku padaMu melebihi segala-galanya dan melebihi cintaku pada diriku sendiri"

0 comments: