Rancangan Adik-adikku-Sepupuku Masuk Program Realiti


Baru2 ni sepupuku, Nurul Syazwina telah menyertai program realiti tv. Akedemi Fantasia ke?
atau One in A Million? oh tidak sama sekali...ttapi dia tlh menyertai program realiti Adik-adikku di TV1..rancangan ini mencungkil bakat kanak-kanak dalam berpidato. Kanak2 ini dilatih oleh ustaz2 yg terkenal seperti Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Ustaz2 ini diberi gelaran murabbi. Hanya 7 orang daripada 20 orang sahaja yang berjaya melepasi peringkat saingan untuk ke mara peringkat akhir. Salah seorang peserta tersebut ialah sepupuku. Dia adalah peserta termuda yang mnyertai program tersebut. Walaupun tidak berjaya mendapat johan di peringkat akhir, kami sekeluarga tetap berbangga dengan penglibatannya dalam program bermanfaat itu. Syukur kerana dia tidak berminat dengan program2 reliti lain seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Mentor dan Malaysian Idol yang melalaikan. Tp yang pasti walaupun x dapat johan, dia tetap membawa pulang hadiah saguhati bernilai Rm3000. Banyak tu..!!!
Johan pula mendapat RM16 000 berserta pakej umrah. (klik disini untuk melihat video)
Tahniah Nurul Syazwina Bt Mohd Syukri!!

0 comments: