syawal dan ukhwah; jalinan yang tidak akan terlerai




Assalamualaikum...

Hari ini genap hari ke- 20 dalam bulan Syawal bermakna hanya tinggal lebih kurang dalam 10 hari sahaja lagi sebelum bulan Syawal menutup tirainya. Seperti kelazimannya di Malaysia, Syawal disambut selama sebulan, sama seperti pusa Ramadhan. Rumah terbuka dianjurkan hampir setiap hari dimana2 sahaja sebagai tanda Syawal masih diraikan. Anak2 yatim, warga emas dan faqir miskin diraikan dalam majilis itu. Jika majlis ini tidak bercampur dengan perkara maksiat dan direstui agama, saya fikir fonomena ini adalah sesuatu yang baik dan harus dikekalkan.

Walau bagaimanapun saya tidak berhajat untuk bercakap tentang rumah terbuka. Jika diteliti sebenarnya baru sekarang (20 Syawal) saya menulis tentang sambutan hari lebaran pada tahun ini. Agak lewat sebenarnya, tetapi masih sempat kerana Syawal belum berakhir (tersenyum sorang2).

Jujurnya saya hanya menyambut Syawal dengan keluarga dan saudara-mara pada 1 dan 2 Syawal sahaja. Selama dua hari itu rumah saya tidak putus-putus menerima kunjungan mereka. Ada yang datang dari Kota Baharu, Shah Alam dan Kota Kinabalu. Mereka semua saudara-mara saya sebelah ayah. Saudara-mara sebelah ibu juga datang pada hari itu.

Pada hari yang lain pula saya banyak meluangkan masa bersama sahabat-sahabat saya yang banyak menganjurkan rumah terbuka di kediaman mereka
(syukur kerana keluarga memahami saya). Boleh dikatakan hari raya adalah hari yang sesuai untuk bertemu sahabat-sahabat lama. Saya juga sempat berkunjung ke rumah beberapa orang guru saya semasa di SHAMS dahulu (SHAMS masih dekat di hati saya). Bermula hari raya ketiga dan seterusnya saya bersama-sama beberapa orang sahabat2 saya menaiki kereta untuk bergerak ke rumah sahabat2 yang lain (Kredit untuk Saudara Syafiq Abdul Aziz, Saudara Khalil Hamidi, Saudara Amir, Saudara Hafiz dan Saudara Fahmi kerana sudi mewakafkan kereta pada hari itu). Allah sahaja dapat membalas setiap titis minyak yang anda sumbangkan.

Pengalaman paling best ialah pada hari raya ke lima dimana kami sempat bersama2 solat maghrib di Masjid Kristal selepas seharian beraya. Terasa indahnya persahabatan dan nikmatnya ukhwah jika semuanya kerana Allah. Wlaupun kami sudah berjauhan mengikut haluan masing-masing di perantauan demi menuntut ilmu, yang mensyaratkan kami berjauhan buat seketika, kami tidak pernah leka daripada bertemu semula untuk bertanya khabar kiranya kami diberi sedikit cuti. Setakat ini saya berasa bangga kerana ukhwah kami masih lagi mantap seprti dahulu kala. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar sentiasa berhubung demi memastikan keutuhan persahabatan ini.

Semoga Allah akan terus mengikat hati-hati kita semua agar persahabatan ini akan terus kekal sehingga kita dijemput oleh-Nya. Amin Ya Rabbi al-Alamiin..

wassalam.





0 comments: